Program Asasi Kolej MARA | Asia Pacific University (APU)

You are here

Program Asasi Kolej MARA

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA (Kuala Nerang) dan seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU).

Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) merupakan antara Universiti Swasta Premier di Malaysia, dan di sinilah gabungan Teknologi, Inovasi dan Kreativiti yang unik berfungsi dengan efektif dalam melahirkan graduan yang profesional, berkeboleh pasaran dan terunggul.

APU telah memperoleh reputasi yang sangat baik sebagai Universiti Pemenang pelbagai anugerah melalui pencapaian yang memberangsang dalam memenangi lebih daripada 200 anugerah berprestij  peringkat nasional dan antarabangsa.

Permohonan

Iklan permohonan sesi 2023 / 2024 telah dimuat naik di dalam laman sesawang Hi-Edu MARA

Pelajar lepasan SPM 2022 boleh memohon melalui laman sesawang Hi-Edu MARA bermula dari 3 April 2023 sehingga 30 Jun 2023.

Syarat-syarat Kelayakan

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian Asasi Kejuruteraan & Teknologi, Asasi Perniagaan & Asasi Sains akan dipertimbangkan tawaran pinjaman pelajaran MARA untuk melanjutkan pengajian di APU sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:

1.

Minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK 3.00)

2.

Ibu, bapa penjaga penjamin serta pelajar tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA

3.

Lulus Pemeriksaan Kesihatan

4.

Bidang Pengajian: Seperti dalam Lampiran APU

Download

Hubungi Kounselor APU untuk maklumat lanjut


 Ms. Syakirin


 Ms. Izni


 Ms. Hasmira


 Ms. Farhah